Sunday, December 7, 2008

bila aku sudah mula bekerja...

tit tot tit tot masa berlalu..
aku xsedor rupanya aku ni dah tua..
hehe..
dulu2 aku ni sibuk pikir belajar je...
g skolah..balik skolah..g tuition(xsure penah ke x), g klas tambahan (yg hanya sekali dua), balik study, study group, jumpa cikgu...kira itulah kehidupan aku masa kecik2 hinggalah sampai sebelum dewasa....

bila dah masuk u ni..
xbanyak beza..masih lagi sama...
pegi kelas..balik kelas..kadang2 ponteng kelas..
pastu assignment la..presentation la...
hitu la..hini la..
tapi yang paling aku nyampah skali exam...
nyampah darab 300 ribu..

tapi sekarang..
aku telah melangkah ke alam baru..
huahua...
yang selama ini aku angan-angankan...
hidup dalam alam pekerjaan lantas meletakkan aku dalam kategori dewasa mahupun "hampir tua.."hehe...

hidup bekerja ni memang handred pesen beza ngn blaja...
aku rasa hidup aku lebih bermakna..kehkeh..
dulu2, aku blaja cam nak gila..sebenarnya untuk exam semata...
pehtu xd faedah pun dalam kehidupan harian aku..
bila dah stadi tahap separa gila..last2 xdapat apa mula la aku rasa macam nak ngamuk hempuk2 kepala kat bucu lemari mekap...

ahh...
kini hidupku sudah berubah..
sudah tiada episod belajar kerana exam dalam hidupku..
apa sahaja yang aku lakukan sekarang ni segalanya untuk kepuasan diri ku..

sebagai seorang cikgu/guru/tutot/mentor kepada kanak2..yang mendidik mereka supaya menjadi seorang thinker...untuk menginculcate thinkership within themselves...
aku rasa kerja ku sangat bermakna..
bukan setakat gaji yang aku kisahkan..
tapi pengalaman itu jauh lebih bermakna...
bekerja bersama kanak2 banyak mengajar aku erti kasih sayang, sabar, dan ikhlas...

walaupun bebudak tu sorang pun xd yang melayu..
tapi kasih dan sayang ku terhadap insan2 kecil itu tidak pernah luak..
betul la kata orang tua2...
kanak2 itu ibarat kain putih yang tiada cacat celanya..
walaupun kami berlainan bangsa dan agama..
tapi keletah, sikap, kemanjaan, kenakalan tidak ubah dengan kanak2 dari bangsaku sendiri.
memang ajaib jika ku kenang2...
aku boleh meminpin tangan, menari, bergelak ketawa, bermain dan memeluk kanak2 berlainan dari bangsaku dengan penuh rasa ikhlas dan kasih sayang...


sebagai seorang pendidik, setiap yang aku lakukan tak lain dan tak bukan tujuannya untuk memberi ilmu dan mencari kepuasan untuk diri sendiri. apa yang kami lakukan di Cosmotots ini adalah menjalan bejuta-juta perkara untuk meningkatkan ketajaman fikiran bebudak kat sini.
oleh itu..sebagai cikgu atau mentor(what teacher is called as..) kreativiti kami merupakan aset utama kepada proses mengasah IQ kanak2 kat sini..

that is the best part of my work...
use your own creativity...
of course we are given a lot of guideline and we will always exchange our opinion among all of us.
bila kita dapat deliver something yang menarik, dan the kids pun dapat apa yang kita cuba sampaikan, cukup untuk buat aku rasa aku ini insan yang berguna yang memberi manfaat kepada insan lain di muka bumi ini...



ni la ghope opis aku..
apa yang kami sedang buat ialah menyiapkan diri dan bahan2 untuk disampaikan kepada kanak2 yang didalam kelas kami..
we woek as a team...
nobody works alone..
so apa sahaja yang bakal diajarkan kepada kanak2 tersebut semuanya adalah daripada cantuman buah fikiran kami semua...untuk memastikan hanya yang terbaik yang akan disampaikan.

yang paling best lagi..
menunggu hujung bulan untuk melihat angka yang bertambah riban demi riban tiap2 bulan dalam akaun aku..

hahhahha!!

1 comment:

norafizah said...

eh yan, ko ckgu ker? katne?