Friday, August 29, 2008

bila kasih berbunga lagi..

entah kenapa..
tangan terasa gatal nak menekan bebutang keyboard yang beghabuk nih..
tak tau nak tulis pape pun sebenarnya..
tapi..disebabkan keboringan yang menusuk kalbu.
dicipta jugak la idea..

maka..
idea yang terlintas di fikiran pada ketika ini ialah..
bagaimana cinta di hati berputik kembali..
hahahahahaha!!geli geleman rasa perut..
tapi ku teruskan jua tulisan ku ini..
lalala..

suatu ketika dulu..
tatkala cinta yang pertama itu pergi..
seakan kuat hati ku ini mengatakan..
bakal adakah cinta yang akan berputik lagi selepas ini?..
itu je la benda yang sering begayut2 dalam hati besar ku ini (sebab aku memang sentiasa berbesar hati)..

walaupun benar sudah ada pengganti..
tapi dalam hati masih meragui possibility untuk hati ini menyintai dengan sepenuh hati lagi..
memang peristiwa kelat sudah lama berlalu..
tapi segalanya bagai jelas ibarat plasma screen yang memaparkan vivid color..jelas..
masih terbayang setiap saat yang dilalui bersama..
suka duka..
nangis dan tawa..
segalanya...

setelah cinta itu pergi..(pergghhh....)
maka kubiarkan hati ini kosong tak berpenghuni..
ibarat vacant outermost shell atom yang mesti patutnya berisi untuk mencapai stability..
begitu lah hatiku..
kosong..dan tak stabil..
macam atom yang kucakapkan tadi..

tapi..
dah memang dasar atom bercas positive akan tertarik kat atom lain yang ada extra electron..
maka..begitulah jua hatiku..
kehadiran si dia yang ibarat negative ion with extra electron telah memenuhkan vacant shell di hati ku tadi..
maka..kami pun membentuk ikatan kovalen yang agak goyah pada mulanya..

as time goes by..
ke jalani hidup ini bersamanya walau si dia yang dulu masih di hati..
kadangkala terasa letih mencuba untuk menyayangi..
sampai pernah ke satu tahap rasa putus asa..
tak mampu terus berpura-pura..
tapi...

ikatan kovalen yang tercipta itu sangat kukuh rupanya..
begitu sukar untuk dipecahkan lattice energy yang sangat tinggi itu..
walau berkali ku cuba tinggalkan hubungan itu..
semakin ia kuat bertapak di hati..
si dia yang mengerti..
sabar..
tabah..
mencuba dan terus mencuba...
tetap terus berada di sisi walau apa jua keluhan,rungutan, dan pelbagai lagi kata2 meraban yang telah ku lontarkan..
dia tetap di situ..tidak berganjak walau sekaki dua inci pun dari sisiku..
sehinggalah di suatu saat...
dia membuat ku sedar..
itulah cinta sejati yang sebenar...
yang tahan dipukul badai..
tidak roboh walau dilanda gelombang....
setiap saat..
suka mahupun duka...
susah atau senang...
dia sentiasa bersama...
tiada keluhan..tiada rungutan..

pada saat ini..
setelah 4 tahun 3 bulan 2 minggu 6 hari bersama..(mengikut kiraan sebenar)
ku yakini hatiku ini..
adalah untuknya...
sejarah silam itu biarkan ia berlalu..menjadi kenangan yang berharga..
sebagai pengajaran dan panduan..
sebagai satu literature value untuk ku comparekan dengan apa yang ku alami kini..
untuk menilai yang mana benar..yang mana palsu..
dan memboleh kan aku membuat error analysis dan menyenaraikan precaution step yang sepatutnya ku titik beratkan..


kini..
ku berdiri dengan satu nama baru yang sentiasa di hati..
satu insan yang akan ku sayangi tiap saat yang ku lalui..
sehinggalah satu masa yang allah akan tentukan bila saat untuk ku berhenti..
dan..
ku sentiasa berdoa semoga saat itu tidak akan muncul tiba..
kerana ku ingin menyayanginya selama-lamanya.....

1 comment:

Anonymous said...

wowow

dasyatY...saintifik skali..seronok dibace.hehehe
siap ad vacant orbital lg..yg p orbital@D orbital?heheheh